JellyPages.com

Thursday 9 May 2013

WAWASAN SMK BANDAR TASIK SELATAN



                                         FALSAFAH SEKOLAH

Bahawasanya  pelajar pelajar Sekolah Menengah Bandar Tasik Selatan akan berusaha ke arah membentuk pelajar yang berilmu dan berwawasan sebagai tonggak  kesejahteraan kendiri                          


                                        MATLAMAT SEKOLAH

Membentuk setiap pelajar  Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan Berilmu Dan Berwawasan


                                             VISI SEKOLAH

  SMK BANDAR TASIK SELATAN KE PUNCAK KECEMERLANGAN


                                          MISI SEKOLAH

         Warga SMK BANDAR TASIK SELATAN AKAN MEMASITKAN  :


  • Kecermerlangan dalam Kokurikulum dan Kukurikulum.
  • Pembentukan sahsiah yang terpuju
  • Ketulusan dalam pengurusan pentadbiran
  • Hubungan antara sekolah dengan komuniti  di luar sekolah

Sejarah Sekolah Bandar Tasik Selatan



Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan (SMK BTS) Kuala Lumpur ditubuhkan pada 4 Januari 1999. Sementara menanti bangunan sendiri siap sepenuhnya, SMK BTS telah menumpang di bangunan SMK Sungai Besi, Kuala Lumur sehingga 6 Jun 1999.

Tapak dan bangunan sekolah ini terletak di Bandar Tasik Selatan yang pada asalnya ialah Golf Driving Range. Kemudian diserah milik kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai rezab pendidikan. Tapak ini terletak berhampiran dengan Kem Sungai Besi diantara Sungai Besi dan Bandar Tun Razak

Kumpulan pelajar pertama ialah seramai 278 orang sahaja terdiri daripada lelaki dan perempuan berbagai kaum. Jumlah pelajar semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2001 jumlah pelajar meningkat kepada 1,800 orang dengan bilangan guru seramai 108 orang dan staff sokongan seramai 15 orang.

Sekolah ini mendapat nama sempena lokasinya di kawasan perumahan Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur. Pelajar-pelajar SMK BTS datangnya dari kawasan sekitar sekolah ini iaitu dari kawasan perumahan Bandar Tasik Selatan, Kuatres Anggota Polis Desa Tasik, Kem Sungai Besi, Kawasan Perkampungan Melayu di Sungai Besi.

Mulai Januari 2000 SMK BTS telah menawarkan program pendidikan khas. Kini 10 orang guru mengendalikan pelajar bermasalah pembelajaran, seramai 51 orang pelajar dan pelajar bermasalah pendegaran seramai 10 orang. Sekolah ini juga mempunyai 1 Blok Asrama Puteri SMK BTS telah mula beroperasi pada 1 Mac 2002. Seramai 102 pelajar perempuan Tingkatan 1,2,3 kelas Aliran Agama (KAA) telah ditempatkan di Asrama ini. Sehingga kini, Asrama Aliran Agama ini telah dinaik taraf kepada pelajar tingkatan 4 dan 5.

Dari segi kokurikulum, SMK BTS telah menempa beberapa kejayaan, khususnya dalam bidang permainan hoki, teakwando dan unit beruniform iaitu Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM). Semua pelajar adalah diwajibkan menyertai PKBM sebagai satu unit beruniform tunggal pertama di Malaysia yang telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2002. Beberapa kejayaan PKBM telah diraih diperingkat wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga peringkat kebangsaan.














SEKOLAH MENENGAH BANDAR TASIK SELATAN


     
         
Pengetua
Pn. Rozah Binti Ariffin
Alamat Sekolah          
Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan 57000 Kuala Lumpur
Telefon
0391734288